January 13, 2010

Kan saya dah kata ...

Tersungkur tepi tangki
Oleh Abdullah Wahababwahab@hmetro.com.my

SHAH ALAM: Percubaan dua penjenayah melakukan pecah rumah di Perdana Heights di sini, berakhir dengan tragedi apabila mereka mati ditembak polis berhampiran tangki air, Puncak Perdana, Seksyen U10 di sini, semalam.

Dalam kejadian itu, penjenayah yang juga warga asing dikenali Don, 30, dan Ferdi, 20, mati di tempat kejadian selepas terkena sembilan das tembakan ketika kedua-dua suspek menyerang polis menggunakan parang.

Kedua-dua suspek adalah serpihan ‘Geng Roy’ yang ditumpaskan polis tahun lalu, manakala Don adalah adik Roy yang ditembak mati dalam kejadian di di Jalan Merak Kesuma, Seksyen U9, Kayangan Heights di sini, pada 21 Ogos lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata sebelum kejadian jam 2.45 pagi semalam, kedua-dua suspek sempat memotong pagar sebelum disedari orang awam dan memaklumkan kepada polis.

Menurutnya, pasukan bertindak polis diketuai Asisten Superintendan Fauzi bergegas ke tempat kejadian sebelum mengesan sebuah motosikal dipercayai milik suspek ditinggalkan di kawasan berbukit, berhampiran tangki air jam 3.30 pagi.

Dipetik dr Harian Metro.


Kan sudah ku bilang , sure ada yg x kene dgn jam melampau semalam.
Malam tadi gigih saya tunggu berita sebelum hantar adam kelas mengaji.
Mujur juga berita utama ..kalau lambat sket sure saya x sempat tgk.
Huhuhuhuhu , gerun sungguh dengan penjenayah sekarang ni.
Ganas² belaka .. masa kejadian yg lagi satu (abg penjenayah tu) ,
saya baru pindah jek..seram sejuk tau .
Ye la , kawasan sana sunyi lagi ..sesuai sgt untuk penjenayah ni membiak
tempat nak sembunyi pun byk kot , di celah² hutan .
Takutttttttttttttt .... tiba² mlm tadi saya jadi takut, sedangkan saya dah biasa
tinggal berdua time incik tan pergi kelas :-((

NUFFNANG

Mr & Mrs Tan

Daisypath Anniversary tickers

ADAM IZZ ZAFFRAN TAN

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ADEEL IZZ ZABAD TAN

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers