December 1, 2009
Stressed lagi dan lagi ...
Rich Chocolate Pudding Vs Rendang Daging
sudahnya saya lebur je daging korban buat rendang tak berbuah tapi berkuah dan berkentang .
suka suka saya jek nak campak apa dlm tu .. ini kes org malas nak masak sayur . kentang tu pebret incik tan , so kira mcm sayur la kan . lepas tu saya top-up dgn telor dadar , mkn dengan nasi panas² .. mmg lupa diri kejap . sedapppppp sgt rendang ni , daging nya lembut ...
tiba-tiba teringat kalau mkn dgn ketupat palas sure lagi sedappppppppp huhuhu raya tadi x jumpa ketupat palas pun :-(
lepas tu gigih pulak saya buat rich chocolate pudding , saya ambik resepi dr mana ntah . ya ampunnnnnn sungguh lupa tp dr blog² mkn yg saya selalu terjah la kot . resepi pun ingat² kat kepala jek .. korang nak resepi ??? sedappppp bg saya sbb dia xmanis sangat . terasa pahit coklat tuh :-DNovember 30, 2009
Gambar makanan belaka , kalau boring jgn singgah :-))
So saya ambik je gmbar dr gobok lama² , janji menunya sama hehehe . nak gak tu menepek gmbr makanan ..sugguh x semenggah ;-P
Gulai siam ayam tp x de la buah tomato tu hehehhe . itu yg saya masak untuk diri sendiri. apapun saya belasah campak dlm tu ekeke
Sambal belacan buatan tangan my kanda dimakan bersama telor masin.
Kacang goreng bersama hati + pedalIni pulak menu hari sabtu & ahad tadi .
Makan pula dengan telor dadar panas² dan juga kailan goreng ikan masin. Habisla saya , ntah berapa saya gain for 4days holiday ni .. takut naik timbang , karang trauma gegegegee
Cerita Raya Haji yg penuh dugaan dan kepenatan


Selamat kembali bekerja . Dah tentu2 semua2 sangat bizi kan. Ehhh saya la yg bizi tuh ,padan muka sbb dan berseronok2 cuti 41/2hari huhhu. Masuk kerja je dah 30hb , ngam ho nak closed account kan .. silalah memeningkan kepala sendiri . Kepala mmg peningpun sbb byk mkn daging muahaha!!Cakap pasal korban , Alhamdulillah selamat sudah korban saya untuk tahun ini. Mohon pada Allah agar sentiasa mengurniakan kemampuan pada saya untuk berkorban tahun2 mendatang. Amin . Korban tahun ni pertama kali dibuat dekat surau AB ni , ye la tahun lepas belum ramai yg pindah masuk .. kalau adapun mungkin ramai yg balik kg . Tahun syukur sbb 5ekor lembu selamat dikorbankan ..lagipun alkisah korban ni dah diwar-warkan usai saja raya puasa yg lepas. jadinya masih ada waktu untuk penduduk plan cuti raya termasuk saya ;-))
Jadikan semalam (sabtu) incik Tan mwakilkan diri kat surau tu , saya pulak mcm biasa menjaga incik adam di rumah ..risau betul kalau bawa dia ke surau , habis seluruh surau nanti dia terjah n jelajah , saya juga yg malu sbb asyik menjadi mama tarzan ;-P . Saya mmg kurang kesabaran kalau adam x behave di khalayak ..nanti mulut saya asyik 'adammm , adammm .adammm' hahaha memalukan ok!
Nak cerita ttg kanda saya yg xcident .. Kejadian ialah pada hari Jumaat ,pagi raya alkisahnya. Selepas BIL saya solat aidiladha mereka bertolak balik Bidor Perak , sebelum mereka nak singgah dikampung dulu sbb nak ambil barang . Selepas setengah jam mereka bertolak , afif (anak buah saya) call kata mereka xcident di Kuala Selangor , mppp tinggal 15minit je lagi nak sampai kg . Xcident dikawasan jambatan timbang , tempat yg femes dgn kemalangan2 . Terkejut juga ,hampir luruh jantung ..ye la dlm masa 2bln , 2org kanda saya yg xcident ..mana x berderau darah muda saya ;-P . Tapi lega semula bila mereka kata yg mereka semua selamat tp kereta kemek depan belakang huhuhu . Kami pun bergegas turun K.Sel , tentu nak kene tgk juga kan..kalau x mcmmana mereka nak balik . Kereta dah tentu kene angkut ngan towing ..
Dalam setengah jam kami dah sampai balai polis K.Sel , masa tu BIL tgh buat report . Tggu kejap sbb nak tgk kecederaan kereta..teruk juga , mcm lebih teruk dr kerata kenari kak lina dulu sbb depan belakang kemek kan . Puncanya kereta depan elak kereta depan lagi , brek mengejut, BIL hentam kereta depan dan kereta belakang hentam kereta bil huhuhu . Risau sgt sbb kak leha pangku anna iman , mujur juga semua mereka selamat dan x de cedera teruk. Kak leha je lebam kat dahi . maybe kene dashboard . Saya kata x per , itu dahi org2 yg soleh hahahaha dah nama diapun saliha kan ..aduhhhhhhhhhhhhhhhh saliha ;-D . Semua selesai dlm pukul 2++ , incik tan pun sampai terlepas solat jumaat , ye la masa tu dia sibuk temankan bil buat laporan. Sampai rumah di kg hampir pukul 3. Lepas asar kamipun balik AB . Kene balik juga sbb incik tan dah janji nak join org buat korban kan .
mmpp hilang mood nak sambung mengentry sbb dah 2-3kali disconnect ..ada gak berokband ni yg mkn kaki karang ...huhuhu
see again next entry ,karang mencarut byk den ..












