May 5, 2011

Kalau otak serabut,semua bende tak kene


Salam.

sekarang baru 5.40pm , mummy masih di office . lambat lagi kot baru dapat balik ,auditor tahun ni terlebih rajin ..sampai 7++ pun x reti² nak balik . selalunya waktu² begini mummy dah sampai rumah , tgh bersilat nak masak or kalau x masak tentu masa ni mummy tgh gomol² bebi adeel .. kejap lagi pukul 6++ mummy dukung adeel ambil angin petang kat depan rumah , kalau kebetulan ada jiran sebelah kat luar rumah maka mummy pun buat mesyuarat tingkap hehehe indah nya hidup .

*

eemmppp lari tajuk , sebenarnya mummy kehilangan kabel camera .. x tau kat mana tp mummy sure ada kat opis mummy ..puas dah dr pagi geledah bilik mummy ni tp x jumpa , malas nak serabutkan kepala otak , so mummy biarkan saja la . kita peram gmbr² dlm kamera tu sampai jumpa balik kabel tu or sampai mummy beli kabel baru ..ada jual kan kat kedai kamera?? ntah bila la baru rajin nak terjah kedai huhuhu . mummy ni ada masalah sikit nak terjah kedai² begitu,maklumlah mummy bukan pencinta gadget² semua tu . hp pun pakai jek apa yg ada,janji leh call ,sms & ambik gmbr dikala terdesak hihi .

*

Dek kerana sibuk audit minggu ni , maka hari² kami mkn tapau kedai jek. daddy la yg jadi mangsa ..daddy la jugak yg kene ambik anak² , kesian kesayangan² mummy semua. kalau daddy yg takeover mmg ada la budak tak mandi time mummy balik keje ,ambik kesempatan betul dak adam tu dgn daddy dia ,mentang² daddy x ada tokoh jadi singa mcm mummy ;-P . bebi adeel pulak tiap kali mummy balik keje dia asyik tido . ada baik & buruknya .. yang baiknya ialah mummy sempat mandi ,makan & kemas² beg skolah anak² tuk esok harinya tp yg x baiknya ialah mummy x dapat nak peluk syium bebi adeel , x sampai hati nak kejut dia dr tidur. malam tadi adeel bangun pukul 12mlm++ , terkebil² sebelah mummy dgn mata yg sangat bulat hihihi tp mummy pulak yg rasa x larat nak buka mata , mummy hugs & kiss byk² then mummy tepuk² dia balik suruh tido ;-( , pagi td pun sekejap je adeel terjaga then tido balik sampai la mummy angkat dia masuk dlm kereta & hantar pergi kerja ..

bila melalui perkara mcm ni mummy selalu teringat mcmmana yer mommies lain yg kerja sampai mlm setiap hari ?? kadang² mummy nmpk ada parent yg ambik anak² dr nursery dah mlm dlm pukul 8++ ,mcmmana mereka spend time tuk anak² yer? sure masa tu anak²pun dah ngantuk ,balik rumah tido then esok pg pergi lagi nursery ..tiba² kuat keinginan mummy nak berhenti kerja but knowing me lahhh , mummy rasa mummy akan mati kutu pulak kalau x kerja hehehehe byk pulak yg mummy merapu petang² . dah la entry x de gambar ,sure x de yg sudi baca kan ? tak per , kalau mummy tua² nanti bleh la mummy baca balik blog ni , x pun mummy suruh adam & adeel baca balik ..baru la diorg tau betapa susahnya hati mummy kalau berjauhan dgn mereka ,kalau x bleh spend time untuk mereka ,kalau x bleh masak tuk mereka , x bleh suapkan mknan tuk mereka .. padahal seminggu jek setiap tahun mummy kene balik lmbt , poyo jek lebih mmuahahahaha.

*

ok la , cukup la mummy merapu petang² ni

waktu ni dah nak pukul 6ptg , mmppp lagi sejam kot baru boleh balik .

NUFFNANG

Mr & Mrs Tan

Daisypath Anniversary tickers

ADAM IZZ ZAFFRAN TAN

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ADEEL IZZ ZABAD TAN

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers