December 19, 2008

Erti Kehilangan


Erti sebuah kehilangan.
sangatlah perit , menusuk kehati .
tiada kata² boleh digambarkan bila darah daging sendiri yg pergi.

ini kali kedua aku melalui erti kehilangan.
arwah abah pergi saat aku x mengerti apa² lagi.
sudah tentu aku x tahu bagaimana sakitnya perasaan itu.

arwah nenek pergi masa aku berumur 15thn .
aku masih boleh bertabah hati .
aku masih boleh menahan hati kerna barangkali umur yg belum berapa matang.

tp kehilangan kali ini sangat perit.
banyak sebabnya ..

aku masih boleh bertahan pada awalnya
aku masih gagah berkejar ke hospital seawal 2++ pagi saat mendapat berita.
aku masih kuat menguruskan semua persiapan untuk mengeluarkan jenazah dr bilik mayat.
aku masih tabah saat memandu arah van jenazah hingga sampai kerumah.
aku masih bertahan saat membacakan yassin di hadapan arwah
aku masih mampu menahan air mata saat arwah disembahyangkan
TAPI aku tewas saat melihat keranda diusung ketanah perkuburan.
aku kalah
aku menangis kerana aku tahu arwah pergi x mungkin kembali.
aku gagal menahan diri saat membacakan yassin ditanah perkuburan.
aku lemah
tapi aku tetap memaksa diri untuk bertahan !
sangat siksa
sangat sakit
Ya Tuhan .. kalaulah begini sakitnya , jgn lah kau duga aku sekali lagi ..

dada bagai mahu pecah bila melihat wajah sayu emak
hati berkecai bila melihat sugulnya isteri & anak beliau
jiwa bak angin larat saat melihat mata² berkaca kakak² ku
aduhai jiwa ..
bertahan lah selagi mampu
redhalah dengan ujian kali ini

ya ghaffur
ya ghaffur
ya ghaffur

5 komen uolls ::

eddie dewanaga said...

kita semua diduga dgn kematian, gua juga tak dpt lari dari dugaan ini, arwah akak sulung, arwah atok, dan arwah nenek yg pergi ketika di tanah suci Makkah, member sebelah rumah...

satu hari nanti, kita juga pasti dijemput Yg Maha Esa...

kojah said...

takziah sis...moga arwah ditempatkn dikalangan org yg beriman...amin!

Izza - Jiejah said...

eddie
yupppp ..kita pun pasti akan kesana.

kojah
thanx sis .. :(

Keri AlHaj said...

saya faham rasa hati jiejah sebab saya pernah jugak lalui detik menyakitkan tersebut... tapi... ada hikmah knp Allah jadikan manusia ni penuh dgn sifat lupa... supaya dgn kelupaan itu kita tak kan terus teruskan dibayangai rasa sedih sebab kehilangan. satu masa kita akan biasa dgn semua tu walaupun dgn keadaan yg tak seperti biasa lagi.
teruskan hidup dan bersiap sedialah, sebab masa kita jugak akan tiba nanti...

Al fatihah untuk arwah - semoga beliau tergolong dlm golongan yga dikasihi Allah...

Izza - Jiejah said...

tq chi ,
kesedihan masih bersisa ,
tp life must go on kan ?

NUFFNANG

Mr & Mrs Tan

Daisypath Anniversary tickers

ADAM IZZ ZAFFRAN TAN

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ADEEL IZZ ZABAD TAN

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers