October 30, 2012

Adeel Tan 1Y 9M

As Salam .
Alahai anak mommy debot² muntat² bambam ni dah makin besar
menjelang 1/11/12 beliau sudah 1y 9m
hoyeeeee x lama lagi mommy dpt menantu kikiki
ehhh kamu jgn langkah bendul ,sila bg abg adam tawen dulu kakaka

 nyuuummmsssss
luv u bery bery much wahai chenta hati .

October 24, 2012

Salam AidilAdha

Salam Aidiladha

‎"Labbaikallahummalabbaik..~
Labbaikala shari kalakalabbaik..~
Innalhamda walnikmata lakawalmulk..
Laa shari kalak..."


Maksudnya:

"Aku sambut seruan-Mu ya Ilahi,
Aku sambut seruan-Mu. Aku sambut seruan-Mu,
tiada sekutu bagi-Mu, aku sambut seruan-Mu.
Sesungguhnya segala puji, nikmat dan kerajaan adalah milik-Mu, tiada sekutu bagi-Mu."




insyaallah esok mommy & anak² cuti
balik kg yg jauhhhhh di mata *jauhhhh nya* hahaha
incik daddy pulak tak dapat cuti
selamat beraya sorang² yer daddy cayammm
dengan ucapan "gi bertakbir jangan lupa balik rumah"
muahahaha


*
tuk uollssss yg dicayam juga diucapkan
"selamat mkn daging korbang dengan berhemah"
:-D
picca - google i luv islam .

October 23, 2012

Asam Pedas Ikan Merah

As Salam

Warning - Rupa hodoh x per , janji sedap 
hahahaha

kebetulan weekend td ada kawan bg daun kesum
kebetulan ada 2-3 slice ikan merah dlm peti
kebetulan anak tekak teringin nak mkn asam pedas
so semua kebetulan itu kita transfer jd kenyataan
muahahaha

resepi cincai boncai mommy
Bahan 1
cili giling
bawang merah
bawang putih
sedikit belacan
kunyit hidup
**semua diatas tumbuk/blend**

Bahan 2
serai - ketuk
air asam jawa
daun kesum
terung potong panjang/bendi

tumis bahan 1 
lebur bahan 2

jeput makan hehehe
katanya isteri berkerjaya
menu harus la sesimple yg boleh  :-P

October 22, 2012

Salad and Tortilla Wraps

Weekend semalam kawan mami datang rumah sembang petang.
ehh nak ambik incik salmon.
menu simple salad rosemary chicken

*
breast chicken perap dgn rosemary + kawanⁿ semalaman
then esoknya mami campak ajek dlm oven.
dah separa sejuk slice kan.
campurkan dgn
kentang rebus - potong dadu
telor rebus - potong baji  *taji?* haha
salag purple - x tau nama hehe
capsicum hijau potong serong

*
perasakan dgn
2 sudu olive oil
2 sudu perahan lemon
secubit b/pepper
2 sudu mayonis

*
gaul sebati.

*
simpan dlm peti sementara menunggu kawan anda tiba
makan dgn wraps tortilla
dgn capati pun boleh
mkn begitu saja pun ok.

*
tekak 1 malaysia ?
makan dengan nasik 
hahahaha

Pra Raya

As Salam
sabtu mommy rasa bosan kat rumah , tekak terasa nak mkn sumting
terus godek² peti ajaib tgk apa barang yg kita leh lebur
tingggggggggggggggg .. ada belen ketupat mini , terus rebus
lepas tu buat kari ayam pekat².
so , selamat pra raya hihihi
 pic lama ni ,lupa nak ambik ketupat baru rebus hihi
tgk palas dah teringin puloppppp
alahai la perut ku sayang hahha

October 18, 2012

Spaggethi Aglio Olio with recipe


saya guna resepi hasil google , simple & sedap .

Bahan-bahan (5-6 orang)
1 peket spaggethi
1 kg seafood (udang, sotong dan kepah , sosej/crab meat)
1 cawan minyak zaitun (olive oil)
3 ulas bawang putih (cincang / tumbuk)
1 biji bawang besar Holland (dadu)
3 sudu besar chili flakes
3 sudu besar oregano flakes
3 sudu besar parsley flakes
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
1 kiub pati ayam

Cara-cara
1.    Rebus spaghetti sehingga lembut dan toskan. Dalam periuk lain, rebus seafood sehingga hampir masak dan toskan. Jangan buang air rebusan seafood ini.
2.    Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih sehingga kekuningan. Jangan sampai hangit. Masukkan 1 senduk air rebusan seafood.
3.    Masukkan oregano, parsley dan chili flakes, lada hitam, garam dan pati ayam.
4.    Masukkan spaghetti dan seafood. Kacau hingga sekata.
5.    Siap untuk dihidangkan.


October 11, 2012

Nostalgia - buat ku tersenyum

Serius klip 9minit++ ini buat mommy tersenyum .
masa tu juara lagu semua pun hebat² belaka
sekarang ???
mmmpppp malas komen nanti kene saman hahaha

masa ni form berapa ?
tetttttttttttttttttt .. 1 2 3 ??



Wordless Thursday - Makan

ini bekpes kat kedai
 ini dinner kat kedai hahaha
 ayam goreng rempah kari
 sup sayur
 ini bukan kerabu mangga
 lunch kat office - tapau
 baby pak choy + shitake mushroom
 kicap bawang cili potong
 salmon goreng + terung goreng
 ayam bakar rosemary .
 lunch @ Pak Li Kopitiam


kesian  eh sekian.

Nangissssssss .

As Salam
ambik dr blog Diana - pinjam yer Di .
*lap hingus*



October 10, 2012

WW-Chenta Hati

Chenta hati mommy

Alahai Pakcik - terharu pulak .

                             Mahu tebus kegagalan 35 tahun lalusumber harian metro
salman@hmetro.com.my

 

LEGA...Nordin meninggalkan dewan peperiksaan, semalam.

JOHOR BAHRU: “Sejak berbulan lalu, saya mengulang kaji pelajaran dengan bantuan anak lelaki berusia 12 tahun dan baru selesai menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
“Hari ini (semalam), saya rasa seram sejuk dan berdebar-debar ketika membuka kertas soalan. “Bagaimanapun, kerana ingin mencabar diri sendiri, semua itu diketepikan malah saya tabahkan hati untuk ke pusat peperiksaan.” Itu kata calon Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) yang hanya mahu dikenali sebagai Nordin, 50, ketika ditemui di pusat peperiksaan PMR di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara di sini, semalam.

Nordin bersama seorang lagi rakan berusia 40-an mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi calon persendirian paling tua menduduki PMR.

Dia yang bekerja sebagai tukang kebun berkata, usia bukan penghalang untuknya menduduki PMR, sebaliknya perlu dijadikan contoh kepada golongan muda supaya tidak mensia-siakan peluang yang ada dengan belajar bersungguh-sungguh.

“Saya menduduki PMR kerana mahu menebus kegagalan mendapat keputusan baik dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) 35 tahun lalu.

“Saya mendaftar untuk menduduki PMR pada Februari lalu dengan yuran RM85. Walaupun sibuk, saya meluangkan masa mengulangkaji pelajaran.



“Pada mulanya anak dan isteri menyangka saya hanya bergurau, tetapi mereka kemudian memberi semangat dan dorongan,” katanya.

Bermula semalam, Nordin bersama rakannya itu mula menguji keupayaan diri dengan menjawab kertas soalan mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2, diikuti Pendidikan Islam pada sebelah petang.


Selain dua mata pelajaran itu, secara keseluruhan, calon PMR akan menjawab enam lagi mata pelajaran iaitu Bahasa Inggeris, Geografi, Sejarah, Kemahiran Hidup, Sains serta Matematik.

“Memang gementar kerana persediaan dibuat hanya ala kadar, paling merisaukan saya mata pelajaran Matematik kerana ia memerlukan kecekapan untuk mengira.

“Agak kekok dan segan kerana kami dikelilingi ratusan murid yang jauh lebih muda. Bagaimanapun, saya berasa lega apabila terjumpa seorang lagi calon hampir sebaya,” katanya.

Bapa kepada lima anak itu turut berharap dia lulus semua mata pelajaran.

Selain Nordin dan rakannya itu, seramai 166 pelajar tingkatan tiga yang lain turut menduduki PMR di pusat peperiksaan sama. Sementara itu, seorang guru dikenali sebagai Yahya, 40, berkata, dia terharu apabila mendapati dua calon yang menduduki PMR ialah individu seusia dengannya.




October 5, 2012

Alahai si anak tudung

As Salam

Orang nak awok pun nak
so mengorder lah anak tudung yg bernama neck medina ini
order dr Irenenadia - korang google la sendiri haha
setelah menunggu penuh sabar ,akhirnya selepas 3minggu sampai ke tgn
kain dia elok ,berkualiti dan sedang elok kat kepala.
harga RM36
TAPI




*





*





*



tapi nya kannnn




*




*




muka nmpk pelik hahaha
 pasrohhhhhhh
moga esok lusa kita dpt rentak pakai si anak tudung ini.

October 4, 2012

Demam Salmon kembali lagi

As Salam.

oyeeeeeee demam salmon akan kembali sbb baru semalam mommy ambik stok salmon
dah potong² dpt la dlm 10-11 keping  slurrrrppppp.
meh layan gmbr lama tuk ambik aura memasak
ngeeeeee o_O












sekian.
moga roh rajin memasak akan meresapi jiwa mommy yg malas ini
hahaha

NUFFNANG

Mr & Mrs Tan

Daisypath Anniversary tickers

ADAM IZZ ZAFFRAN TAN

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ADEEL IZZ ZABAD TAN

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers