As Salam .
Salam aidilfitri maaf zahir dan batin .
mommy post entry raya awal² bukan sbb nak balik kg awal
takut kemalasan melanda .
Alhamdulillah sudah 26Ramadhan .
Adam pun masih bertahan x ponteng puasa . syukur Allah beri dia kekuatan. x pernah pun kata nak buka puasa ..kadang² mommy yg risau tgk dia time melasak . bygkan la dia bantai main badminton seawal 3-4 petang kalau time cuti ..x ker dahaga lepas berpenat lelah pukul bola?
hahaha mommy jek kot yg over , tuan punya badan ok jek.
Dan juga setakat hari ini kami belum jejak kaki ke bazar ramadhan .
gigih masak walaupun simple² .. ada sekali dua beli mknan kat kedai .
sekali berbuka dgn kfc . sekali dgn nasi ayam pemberian pengasuh adeel.
tp rasanya sehari dua ni mommy nak lock dapur
pakat beli aje lahhh , x de daya dah nak pikir menu apa
lagipun mood raya dah kan .
Kami insyaallah balik kg Sekinchan *mcm jauh sgt * sabtu pagi
maybe tak pagi sangat sbb sebelum tu ada app dgn doktor - mau cucuk muntut dak adeel for 18month.
last week pergi tp doktor x mo cucuk sbb dlm telinga dia still mcm basah².
kan pernah cerita pasal discharge kat telinga adeel.
lpas jumpa pakar elok la dlm 3-4 bln , tiba² minggu lepas ada balik ..cuma x teruk la.
dr luaran kita rasa dah kering tp bila doktor kebek² suluh² still ada sikit²
now tgh abeskan antibiotik dia , harap² kering betul by saturday
kalau x kering jugak lepas raya la gaya nya.
x kisah la , janji anak² sihat time raya.