November 30, 2009

Gambar makanan belaka , kalau boring jgn singgah :-))

Disebabkan saya agak dungu di hari kejadian , maka satu gmbr makanan pun x de masa majlis tahlil + takbir haritu . Kamera saya dok behave lam beg ..benci betul , penat masak ok!
So saya ambik je gmbar dr gobok lama² , janji menunya sama hehehe . nak gak tu menepek gmbr makanan ..sugguh x semenggah ;-P

Gulai siam ayam tp x de la buah tomato tu hehehhe . itu yg saya masak untuk diri sendiri. apapun saya belasah campak dlm tu ekeke
Sambal belacan buatan tangan my kanda dimakan bersama telor masin.
Kacang goreng bersama hati + pedal
Lepas tu ada lagi menu lain yg tiada gambar
~ Sambal ikan masin + petai bertempoyak (sgt sedapppp dimasak oleh k.leha)
~ cheese tart + bahulu panas untuk dessert .
Alhamdulillah semua kata sedapppppppppp hehehehehe ,perasan sungguh eekkekekeke. Tapi nak buat mcmmana ,dah org puji ..kita terima la kan .. :-D

Ini pulak menu hari sabtu & ahad tadi .
Sup tulang hasil dr korban ~ gmbr lama juga huhuhuhu
haaaaa ini gmbr baru , semalam punya menu .
Disebabkan sup tulan tu masih berbaki dan saya x tau nak buat apa (sy bkn penggemar sup tulang) , so saya pun dengan kompiden nya masak nasi daging .. ala campak jek beras dlm sup daging tuh . make sure la sup daging dlm rice cooker yer , saya sgt failed kalau masak nasi atas dapur biasa hehehehhe isteri moden katakan ..
Makan pula dengan telor dadar panas² dan juga kailan goreng ikan masin. Habisla saya , ntah berapa saya gain for 4days holiday ni .. takut naik timbang , karang trauma gegegegee

Ini plak menu ntah bila .
rasanya mcm hari rabu sebelum raya hahahahaha matik la , basi dah makanan ni cik jijah oiiiiii.
ini tentu la korang kenal kan ??? sebenarnya saya testing telor masin yg saya beli secara pukal untuk majlis tahlil tu .. ok jugak kualiti nya , tidak begitu masin walaupun kaler kuning dia bermacam warna heheheh :-))
Peria untuk penghabisan stok , goreng ngan ikan bilis jek . telor pun abes stok untuk dipecah bersama ekekekeke. sungguh daif miahahaha
Ini pulak 1st time saya masak asam pedas ayam . ntah jadi ker tidak saya pun x tau .
ada rasa mcm asam pedas tp sungguh saya x pasti hahahahha . asal boleh je saya ni . janji x ada yg kene food poisin selepas makan masakan saya .
Sekian laporan makan² saya

Cerita Raya Haji yg penuh dugaan dan kepenatan





Selamat kembali bekerja . Dah tentu2 semua2 sangat bizi kan. Ehhh saya la yg bizi tuh ,padan muka sbb dan berseronok2 cuti 41/2hari huhhu. Masuk kerja je dah 30hb , ngam ho nak closed account kan .. silalah memeningkan kepala sendiri . Kepala mmg peningpun sbb byk mkn daging muahaha!!


Cakap pasal korban , Alhamdulillah selamat sudah korban saya untuk tahun ini. Mohon pada Allah agar sentiasa mengurniakan kemampuan pada saya untuk berkorban tahun2 mendatang. Amin . Korban tahun ni pertama kali dibuat dekat surau AB ni , ye la tahun lepas belum ramai yg pindah masuk .. kalau adapun mungkin ramai yg balik kg . Tahun syukur sbb 5ekor lembu selamat dikorbankan ..lagipun alkisah korban ni dah diwar-warkan usai saja raya puasa yg lepas. jadinya masih ada waktu untuk penduduk plan cuti raya termasuk saya ;-))


Jadikan semalam (sabtu) incik Tan mwakilkan diri kat surau tu , saya pulak mcm biasa menjaga incik adam di rumah ..risau betul kalau bawa dia ke surau , habis seluruh surau nanti dia terjah n jelajah , saya juga yg malu sbb asyik menjadi mama tarzan ;-P . Saya mmg kurang kesabaran kalau adam x behave di khalayak ..nanti mulut saya asyik 'adammm , adammm .adammm' hahaha memalukan ok!


Nak cerita ttg kanda saya yg xcident .. Kejadian ialah pada hari Jumaat ,pagi raya alkisahnya. Selepas BIL saya solat aidiladha mereka bertolak balik Bidor Perak , sebelum mereka nak singgah dikampung dulu sbb nak ambil barang . Selepas setengah jam mereka bertolak , afif (anak buah saya) call kata mereka xcident di Kuala Selangor , mppp tinggal 15minit je lagi nak sampai kg . Xcident dikawasan jambatan timbang , tempat yg femes dgn kemalangan2 . Terkejut juga ,hampir luruh jantung ..ye la dlm masa 2bln , 2org kanda saya yg xcident ..mana x berderau darah muda saya ;-P . Tapi lega semula bila mereka kata yg mereka semua selamat tp kereta kemek depan belakang huhuhu . Kami pun bergegas turun K.Sel , tentu nak kene tgk juga kan..kalau x mcmmana mereka nak balik . Kereta dah tentu kene angkut ngan towing ..


Dalam setengah jam kami dah sampai balai polis K.Sel , masa tu BIL tgh buat report . Tggu kejap sbb nak tgk kecederaan kereta..teruk juga , mcm lebih teruk dr kerata kenari kak lina dulu sbb depan belakang kemek kan . Puncanya kereta depan elak kereta depan lagi , brek mengejut, BIL hentam kereta depan dan kereta belakang hentam kereta bil huhuhu . Risau sgt sbb kak leha pangku anna iman , mujur juga semua mereka selamat dan x de cedera teruk. Kak leha je lebam kat dahi . maybe kene dashboard . Saya kata x per , itu dahi org2 yg soleh hahahaha dah nama diapun saliha kan ..aduhhhhhhhhhhhhhhhh saliha ;-D . Semua selesai dlm pukul 2++ , incik tan pun sampai terlepas solat jumaat , ye la masa tu dia sibuk temankan bil buat laporan. Sampai rumah di kg hampir pukul 3. Lepas asar kamipun balik AB . Kene balik juga sbb incik tan dah janji nak join org buat korban kan .


mmpp hilang mood nak sambung mengentry sbb dah 2-3kali disconnect ..ada gak berokband ni yg mkn kaki karang ...huhuhu





see again next entry ,karang mencarut byk den ..





November 28, 2009

Cerita Rabu & Khamis dulu hehehe

salam readers (wahhhh mcm ado hahaha)
bersiaran dari rumah, sangat membosan sbb all famili dah balik
incik tan asyik ulang alik ke surau, incik adam plak titun
hujan2 gini mmg enak tidur yer puan2 & tuan2
tp puan jiejah ini sgt ajaib kalau tidur disiang hari hehehe, sedangkan malampun
payah nak lelap huhu
-
-
nak cerita pasal apa yer ?
mmppp kita mulakan dgn hari rabu, wahhh giler lama ..
but....... like i care??
nak cerita juga apa yg terjadi sepanjang cuti ni ;-P
-
-
rabu ~ half day,
pukul 12++ dah cabutttt, bukan balik terus yer tp mendeting ngan maria
kami ke tesco s.alam , makan2 kat eerrkkk lupa plak namanya
anjung cafe kan maria??
hati teringin mau mkn dim sum , setappp tp bleh plak akak tu x hantar satu lg set dimsum
demmmmm tul .
-
-
dalam pukul 3 gerak balik,terus ambik adam kat skool shoot balik kg.
sampai kg gi plak sekolah fatin (anak buah)
ambik dia dr asrama kar sg besar , ceria jek muka dia
dia exam SPM kan , hari tu add math.
nak jadi cerita , bleh plak kereta x leh start, huwaaaaaaaaaa aku dah mencuak
buat2 mcm terer , buka enjin bonet,usik sana sini
hell la kan , aku sgt buta pasal kereta..
call incik tan, citer pok pek pok pek ngadu
tiba2 bila incik tan suruh start semula ,bleh plak hidup-ciss ciss cissss ...
-
mlm tu mkn sate jekkk,
x kuasa nak masak sbb semua org nak gerak ke rumah AB esok pagi2 .
-
-
Khamis :
pagi2 aku dah terjah pasar basah, beli barang2 basah nak buat tahlil mlm tu
org sangat ramai-ramai, gilerrrr ahhhh nak parking pun x leh ok
semua org suka suki park membabi buta ditengah2 jalan
sgt gerammmm grgrgrgrg!!!!!
selesai semua urusan kami konvoi 2 kereta balik AB.
-
-
sampai AB dlm pukul 11 gitu ,semua org laju2 masak tuk lunch
sbbnya semuanya kelaparan ,bekpes seadonya kekdahnya pagi tu ;-)
-
-
lepas asar je start masak,jemputan lepas isyak
dah plan masak simple2 jek sbb x de org tolongkan
aku + kanda2 ku 3org jekkk
kami masak :~
~ayam gulai siam
~kacang panjang goreng + hati
~ telor masin + sambal belacan
~ sambal tempoyak ikan masin + petai
~ cheesse tart (order ngan maria)
~ kuih bahulu bangkit dr oven hehe
-
-
Alhamdulillah ramai gak yg dtg, mula2 kalut gak nak bajet
ye la , dulu masa buat doa selamat time raya puasa ramai yg x de
semua balik kg oooo, makanan pun byk gak berlebih
so , this time konon nak bajet baek punyaaa.
so bajet la dlm 20++ org jemaah jek, sekali yg datang ramai gak
cuakkkkk sbb x de masak nasi lebih2 pun, lauk pauk x per sbb yakin shukup
tapi syukur lah... semuapun sgt2 cukup, nasi pun ada berlebih.
kurang tidak , membazir pun tidak.. syukurrr sgt
kalau x cukup mknan , risau plak jadi glemer lepas ni hahaha
dushhh!!!!
mppp byk lagi nak cerita
pasal kanda ku xcident ..
next entry la ekkk!!

November 25, 2009

Salam aidiladha

saya half day hari ni .
wahhhh over kan??
bukan apa , saya dlm proses menghabiskan cuti.
kampeni saya adalah bongok sedikit
tiada c/f or payback tuk AL
so ,sila lah habiskan cuti anda.
sedikit kijam + bongok.
*
*
petang ni saya akan balik kg
tp bukan beraya yer
saya balik untuk membeli barang² basah
saya ada buat sedikit tahlil + takbir
dirumah saya di AB pada esok malam
*
kebetulan saya ada buat korban hari sabtu pagi
malas pulak nak ulang alik dr kampung ke sini
kata sepakat telah dicapai
family saya yg beberapa kerat itu akan datang esok.
:-))
*
*
saya balik kg dan incik tan akan mengemas rumah
mana sempat saya nak buat semuakan
saya bukan superwomen
saya tiada bibik hahaha alasannnn!!!
*
*
so geng,
Selamat hariraya aidiladha
semoga kita sama² menghayati erti pengorbanan.

November 24, 2009

Luncheon @ Kaya kopitiam

tadi saya lunch dgn kawan² saya.
adek & tika @ Kaya kopitiam
yg pasti dekat dgn opis saya
saya ni mana la boleh mengular jauh²
lunch time sejam
karang x pasal² setakat mkn angin jek kalau pergi jauh²
mmpppp lupa plak nak snappy² menu
saya & tika mkn kuehtiaw cantoneese
adek mkn yee mee cantoneese
saya as usual lah craving cham kan
so cham dimana² ekeke
mknan sedap ditekak saya
tp masa tu saya x berapa lapar
so terabailah sedikit makanan ;-(
tu je nak cerita,
saya sedikit membizi ..
kene settle keje sebelum cuti raya :-D

Adam & tilam

credit to uncle google :-D
cerita ttg tilam adam kan ..
semalam saya ada ckp yg kami beli tilam untuk adam
sgt xcited dia ..
dr balik skolah asyik kata nak tggu tilam adam
kami cuma beli tilam je sbb dah ada katil
lagipun kami sendiri x yakin yg adam akan tidur sendiri
dia dah biasa dicelah tiak mummy hehehe.
mula² dia xcited baring² atas tilam dia
mummy siap belikan sarung tilam/bantal baru ok
asyik halau mummy naik atas
owwwhhh kedekut oooo.
*
*
*
lama² dia landing atas tilam baru kami
sesambil tu mulut cover² buat cerita
'dedi belum balik kelas , adam baring dekat mummy dulu yer,
kalau dedi ada , adam tidur atas tilam adam'
hahahahah cerdikkkkk sesangat.
sudahnya setelah berpuluh kali turun naik antara katil kami
dan tilam dia
akhirnya adam tersadai jua di atas katil kami
cisssssssss !!!!
tilam dia buat hiasan jek kat bawah katil kami ekekeke
x perrr , mlm ni cuba sekali lagi suruh dia tidur sendiri..



owhh yer , tilam kami seiras je seperti gmbr diatas
x tergamak nak snap gmbr tilam sendiri hahaaha

November 23, 2009

Kisah weekend saya

weekend tadi satu gmbr pun x snap
tp x bermakna saya duk rumah diam² heheheh.
jumaat mlm tu rasa badan sgt² x sihat
saya dah x de ubat demam
lepas tu saya teringat ada jamu yg mak bekalkan
sebelum tidur mkn jamu
vavavavav julung² kali la saya nak mkn jamu kan T---T
*
*
pagi sabtu still rasa x sihat.
akak saya datang bawak ubat
wahhhhhhhhh dasar ngada²kan ..
lepas mkn ubat harus la berjalan²
saya kalau deman x suka duk rumah
nanti bertambah² sakit badan.
*
*
mula² harus bawa incik adam gi tesco xtra
bg dia main racing car sampai lebam
saya dgn kak lina layan mkn
alaaa,mkn kat fud kod ajek pun.
saya yg demam ni teringin mkn chicken chop
akak saya mkn nasi goreng ikan masin
pastu kami beli plak kuih muih
sumpahhhhhhhh sedap tauuu.
kuih kaswi tu sgt lembut
teringat yg mak saya buat..setara hehehe
*
*
lepas mkn, time tuk beli barang
kata nak buat majlis tahlil mlm jumaat ni kan
so kene la cari barang sikit²
nerves plak hehehe
*
pukul 1pm++ balik rumah
rest sekejap , lepas tu saya n incik tan pergi kg melayu subang
tujuannya nak cari tilam²
tilam kami tidak la uzur sgt
tp dah kene kencing ngan adam 2x huhuhu
sangat x selesa.
jadinya kami decide tuk letak tilam kami dibilik tamu
kami beli tilam tuk kami & untuk adam satu.
tilam belum sampai
petang ni katanya
so esok leh saya apdet gmbr tilam hahahaa
mcm tilam nak bawa naik court plak :-P
*
*
lepas beli tilam kami balik kg
saya balik dgn adam n my sis je
incik tan x balik sbb ahad pagi dia ada gotong royong
prepare tempat nak buat korban
termasuk saya punya korban la tuh hehehe
sampai kg , ehhh sebelum sampai kg
kat Tg karang singgah dulu Taufiq Kopitiam
pekena kopi baru best
sbbnya sepanjang jln sangat mendung n hujan renyai
walaupun jarak x sampai sejam
saja je ngada² layan tekak
agak² kalau kg saya kat JB
mau 8kali saya berhenti layan tekak
boleh???
*
*
mlm tu malas masak
biasa la , saya kalau balik kg sure ketagih sate
so lepas solat maghrib gi beli sate
syurgaaaaaaa beb
adam mkn sampai 8cucuk
lawan mummy ehhhh?
mummy pun cuma 6cucuk!
*
ahad pagi saya pergi pasar dgn kak mas plak
wahhhh berganti² partner tp drivernya tetap saya huhu
menu lunch sungguh menghairahkan
~sup kepala mayong
~kerabu pucuk paku + kacang botol + taugeh + kerang
~ ikan goreng
~air asam
saya balas dendam , mkn 2 pinggan
nangis !!!!!
*
*
petang balik s.alam semula.
makanan belum hadam dah ajak incik tan gi mkn lagik
pukul 6++ pergi mkn kat rest big plate
rupanya sgt dekat dgn rumah
saya jekk yg tak tau
mkn x hengat tp x de nasik laaa.
adam layan mashroom soup
tp asyik minta ayam saya
ishhhh berapa big pun plate nya sure x shukup kalau gini
*
adam dirasuk antu makan semalam
mkn x henti sampai waktu nak tidurpun dia minta cococruch.
adoiiiiiiiiiiiii tp badan menten sekeping
yg berlemak² tetap mummy jua :-))
ok , itu jek xtvx weekend saya
full dgn berjalan² n mkn²
*
*
hari ni saya kelenguhan lutut
x tau kenapa
salah tidur or salah mkn ??
saya dirasuk hantu 'saya'

Kerana tanah sekangkang kera

hi korangs !!!
bila isnin mula la blurr nak apdet pasal apa
makan byk sgt kot hahaha
otak kepam.
saja nak show off - wahhhhh.
di sebabkan rumah kali ni tadak tanak
serius , mmg x de tnh weiiii
yg ado cuma depan pagar kiri kanan sket.
sebesar dlm gmbr ni ajek laaa
last week , eton jiran sebelah ajak tanah pokok²
so , aku mintak dia tolong pindahkan daun kari aku
dr pasu ke tanah
nak suruh aku yg pindah tanam??
hahahahah tak sempat 3 hari dah kiok karang
tangan aku ni tgn² org terpilih
matikkkkk laaa ..
see ..pokok aku cuma pokok kari
eton punya serai , halia , kunyit.
hat sebelah lagi dia tanam limau purut
pokok kari ..
pestu ada lagik pokok apa ntah
bagusssss
senang aku cilok time nak masak ekekeke
pokok cili aku still dlm pasu
still x berbuah
cuma merendang jekkk hahahaha
nanti² la aku mintak tolong eton pindah tanam
hat pagar lagik sebelah.

blurrrrrrr ..
balik kg mkn x hengat huhuhu

November 20, 2009

Limau Gedang @ Grapefruit

Suplemen terbaik untuk kecerdasan otak adalah sebenarnya
daripada nutrisi makanan.
Munurut kajian yg dilakukan saintis
dari perancis terhadap 1640 individu dewasa
selama 10thn , mereka yg mengambil
buah-buahan tinggi flavanoid dan antioksidan
sebagai menu harian mampu menghindari
gejala alzheimer menjelang usia emas.
Individu yg konsisten dengan diet ini juga
lebih tinggi kemahiran bahasa,mempertimbangkan
logik perkara dan juga mempunyai keupayaan
memori yg tinggi.
INFO=RAPI
wahhhh tetiba kurasakan wajib ambik limau gedang.
ye la , x nak la kan salah rumah lagi.
katanya meningkatkan keupayaan memori huhuh
tp i dun like buah²an , kalau jus segar tu suka la.
tp malas nak buat sendiri..
camner???
ada terasa nak lempang aku ??
ekekeke

Simptom penuaan

nak citer pasal penuaan tp tepek gmbr muda belia yg syeksi
motif ??
x ngaku tua la tuh ...
*
*
semalam balik dr ambik adam kat skool
sampai depan rumah jantung berdengup
dup dap dup dap
apesal pagar aku terbuka?
apesal ada kereta park separuh masuk dlm pagar?
apesal beskal adam n dedi dia hilang??
matik la aku
aku lupa kunci pagar
ehh sebenarnya aku sengaja x kunci pagar
sbbnya hari² kehujanan time buka pagar
ateeee x de pagar auto kan huhuhu
*
masa tu dok pikir abes la aku
kompom bising incik tan sbb aku careless
so , ckp ngan adam
'alamak adam , beskal adam hilang la bla bla bla'
tetiba adam sound aku
"mummy ni , ini bukan rumah kita laaaaaaa"
*
*
whatttttttttt!!!!!
hahahahahaha wakakakkaka
siotttttttt jekkk kemaluan disitu
no rumah sama 9
tp lorong U10/70 daaaa
rumah aku U10/69B miahahaha
ya ampuuuunnnn
sungguh bunguksss ku terasa :-P
mmpppp mungkin kah sbb simptom² selsema?
wahhhhh x ngaku simptom tua tuh !!!

Selsema plak

mmmpppp hidung rasa tersumbat
but badan still rasa gagah je nak keje
lagipun tuday is friday kan??
bertahan je sebelum cuti esok lusa ..
akupun cam redha jek sbb dah tau akan kerap demam
selagi tonsil ku bermasalah.
mula² rasa tekak membengkak
aku dah cuakkkkk
so beberapa hari ni mmg keje aku pulun air kosong
bertong-tong (tipuuuuu :-p)
teh tarik pun minum jugak hahaaha
cuma mmg bila petang menjelang mlm
aku byk minum air sehingga tidur pun kejap² terganggu
sbb asyik dok melawat tandas huhu

November 19, 2009

Eczema

maybe ramai yg tak tau apa itu eczema,
maybe gak ramai antara kita yg ada penyakit ni tp x perasan/tak tau
aku la salah sorang nya
huhuhu byk ngat penyakit ekkk???
tp tahapnya idak la teruk sgt tgn aku cam gmbr dibawah ni
cuma hujung² jari jek selalu kene
sekarang ni pun tgh sakit
pedih , perit bla bla bla
*
*
selalunya kalau kene gini aku akan stop masak
ekekekeke motif???
sbb aku maleh nak sentuh² air byk²
lagi kerap kene air , lagi susah nak elok
so , no masak²
no basuh pinggan
no cuci toilet
meh kita serahkan keje itu pada incik tan :-P

Eczema merupakan masalah penyakit kulit yang biasa dialami di kalangan bayi.Terutamanya, di kalangan bayi yang berumur antara 2 - 6 bulan.
Salah satu jenis ezcema ialah "Atopic Dermatitis."
"Atopic" adalah satu masalah genetik yang akan menyebabkan daya

tahan mekanisme pesakit menjadi abnormal dan kemudian
mencetuskan simptom "oversensitivity."
*
*
Sungguhpun keadaan akan bertambah baik apabila bayi
mencapai umur 6 tahun, kemungkinan masalah kulit eczema
berkekalan sehingga dewasa akan berlaku.Walaupun eczema
bukan penyakit berjangkit, ia masih merupakan penyakit yang
komplikasi yang sering menyebabkan keresahan dan
ketidakselesaan pada pesakit
*
*
Punca Eczema
Hingga kini, punca sebenar eczema masih belum dikenalpasti dengan sepenuhnya.

Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang mencetuskan
eczema seperti berikut:
*
Faktor-faktor Dalaman (Fizikal)
Ahli keluarga yang mempunyai sejarah yang mengalami

penyakit eczema, asma atau allergi rhinitis.
Perubahan emosi yang ketara seperti keresahan dan stres.
Pemakanan dan minuman seperti alkohol, makanan tenusu,

gandum, telur, makanan laut, pengawet dan pewarna makanan.
*

Faktor-faktor Luaran (Persekitaran)
Bahan-bahan iritasi: Asap rokok, bahan-bahan kimia,

cuaca yang terlalu panas dan lembap atau di sebaliknya.
Alahan (Allergens): Sabun, syampu, serbuk bahan pencuci,

kosmetik, kulat, debunga, haiwan peliharaan dan
hama habuk rumah (house dust mites).

Menangis lah wahai wanita !

Lelaki sangat sukar menyelesaikan masalah
dengan wanita jika wanita itu sedang menangis.
Kalau wanita masih enggan berhenti menangis tatkala
lelaki berusaha untuk menjernihkan keadaan,
lelaki akhirnya membuat keputusan berdasarkan
apa yg wanita inginkan bukannya apa yg
mereka fikirkan.
Kadangkala lelaki juga gemar menjauhkan
diri dari wanita seperti ini
kerana bagi lelaki , tiada apa yg dapat
wanita-wanita ini bantu.
Lelaki lazimnya lebih suka menyelesaikan
masalah secara pantas n sentiasa
cuba mencari solusi selagi masalah tidak selesai.
INFO-RAPI

airmata senjata wanita,
tapi pandai² la nak guna time bila ekkk :-P

Macam samaaaaaaaaaa jeee

apa yg sama ??
menu aku kottttt ..mcm asyik ulang mende sama jek
sungguh x meriah tekak huhuhu
sedar x sedar rupanya sudah 7hr x mkn nasik
cravingkanhhhhh ??
separuh nyawa ok .
dinner tuday nak mkn nasik la kot :-p
roti bakar kawen ..apesai nama ada kawen??
hahahahaha lantokkkk!!!
mee goreng - ini gmbr hiasan jekkkk.
mee goreng yg daku mkn order kat rest dokek opis ni
bapokkkk byk , so aku mkn half jek
half lagik lenting kat staff , nasib baik ada yg sudi mkn.
dinner @ 6pm .
awalkan daku dinner .
apa nak buek , laki ahkak cino yg terdidik dinner petang
as a isteri mithali kene la ikut rules katanya .
mithali la sgt hehehehe ..
pasta goreng b/pepper with straw mushroom .
i like straw mushroom ni tp bapok mahei
setin 3++hengget tp dlm tin ada la kot seploh bijik ,
cisssssssssss dem u !!!!!
namun kerana tekak daku turutkan :-D


ok , i know diet ku x mcm diet
tp boleh la kot hehehe

November 18, 2009

Syokkkknya minum susu :-)

Amalkan meminum susu segelas sebelum tidur
kerana susu mengandungi asid amino
yang menghasilkan serotonin.
Pecaylah , seketika selepas anda
minum susu , pasti anda akan mengantuk.
INFO=RAPI
@
@
@
Kalau sesiapa yg x tau apa itu serotonin,
baca kat bawah ni :D
*
*
What is serotonin?
Serotonin is a chemical that acts as a calming agent
on the brain and plays an active role in sleep.
kadang ingat ,kadang lupa hehehe

Menu selasa plak :-))

pejam celik rupanya dah berhari² gak ler aku x mkn nasik
but no pressure hahahaha
agaknya sbb aku suka² jek carik mende lain selain nasik

bekpes semalam
~ roti telor kongsi ber 2 ngan adam - so not healthy ok!!!
~ teh tarik - ini wajib kot. kalau x minum mmg rasa semacam huhuhu addict!
lunch
~sizzling mee
~teh tarik - see ??? mmppp x leh nak kata apa.
mau lempang diri sendiri x sampai hati plak wakakaka

dinner @ 6pm
~setimbut - bleh plak lupa snap masa lam poyok ..
so korang tgk ajek la bahan mentah.


sos setimbut buatan sendiri hehehehe
tq to elise sbb bg resepi ..
len kali akak nak alter sket ikut tekak :))

Wish her luck

hahahahaha abaikan daguku nan berlapis² aku tuh
mmg sejak azali gitu (wahhhh salahkan azali tuuu)
abaikan anna iman yg sedang dibuai² itu
fokus pada insan yg sedang mencium tgn mak su nya dgn supan itu
she's Fatin Nadhirah
my niece yg brutal.
sedang berhempas pulas menjawap paper SPM start today
@
@
ikhlas dr mak su
moga² adek succses .
moga 12A dlm genggaman
Amin .. :-D

NUFFNANG

Mr & Mrs Tan

Daisypath Anniversary tickers

ADAM IZZ ZAFFRAN TAN

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ADEEL IZZ ZABAD TAN

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers