asai aku tepek muka fomfuan ni ?
sbb mlm tadi aku tertgk oprah show (mmg selalu tgkpun hehehehe)
so , topiknya' mcmmana nak berterus terang dgn kwn ttg keburukan dia'
haaaaaaaaaaaaa apakahhhhhhhhhhh ???
yupppppp sbb salah satu perkara tu ada lah bagaimana kita nak katakan
bahawa badan diorg ber BAU !!
waaaaa sungguh kene dgn aku ..
aku tersiksa dek kerana bau badan sorang staff ni
bkn calang² bau , tp bau yg mmg boleh buat aku migrain.
ok ... aku dah pernah tegur direct or indirect ..
aku pernah hadiahkan deodorant
aku pernah cakap terang²
aku pernah bagi cadangan/petua
semua pernah tp bau itu x pernah hilang
kalau hilang pun ada laaaa dlm seminggu dua
then datang balik
hurrrrrmmmm mcm susah aku nak ckp lagikan
sbb rasa mcm menjatuhkan maruah dia plak
tp aku x tahan laaaaaaaaaaaaaaaaa :((
lepas tgk oprah mlm tadi aku nekad nak buat sumting
so pg td aku google la cara² nak hilangkan bau badan
pastu aku print then bagi dia
hahahahahahaaa giler keji
tp dia cool ajek
x tau la kalau dalam hati dia sumpah seranah aku ..
aku redha ajek laaaa.
kat bawah ni untuk korang baca plak :-P
Masalah bau badan memang menjadi satu kerisauan bagi sebahagian orang terutama mereka yang mempunyai gaya hidup aktif. Ianya boleh mengurangkan keyakinan diri seseorang itu untuk bertemu dengan orang lain.
Berikut adalah beberapa petua yang boleh diamalkan samada untuk mengurangkan atau menghilangkan bau badan;
- Potong pendek batang pokok kantan segar dan tumbuh hingga lumat. Rebus kantan yang ditumbuk itu hingga mendidih kemudian angkat dan biarkan sejuk. Jadikan air rebusan itu sebagai mandian. Gunakan air biasa untuk bilasan yang terakhir.
- Rebus secekak serai wangi, daun jambu, daun lengkuas dan daun pandan. Campurkan air rebusan tadi dengan sebaldi air biasa. Amalkan mandian ini tiga kali seminggu.
Selepas mandi gosokkan seketul tawas pada bahagian-bahagian badan tertentu terutamannya di ketiak. - Kupas sebiji timun muda dan dibasuh bersih. Gosokkan di bahagian badan yang mudah berpeluh. Lakukannya sebaik sahaja selepas mandi dan sekerap mungkin.
- Goreng segenggam beras tanpa minyak sehingga hangus. Ramas hingga hancur dan bancuh bersama air asam jawa. Gosokkan di bahagian yang mudah berpeluh. Biarkan selama 10 minit sebelum mandi. Lakukan sekerap mungkin.
- Campurkan tawas yang telah dijadikan serbuk dengan sedikit beras. Gaulkan kedua-duanya dan disapu ke seluruh badan yang mudah berpeluh. Lakukan setiap malam sebelum tidur.
- Minum air rebusan daun sirih atau daun nenas muda yang telah dicampurkan dengan garam. Amalkan sekurang-kurangnya selama seminggu.
- Lumurkan hampas kelapa ke seluruh badan. Biarkan selama 45 minit sebelum dibilas dengan air bersih.
- Gosokkan hampas teh yang telah digunakan pada seluruh badan terutama di ketiak selama 15 minit sebelum mandi. Amalkannya dua kali seminggu
10 komen uolls ::
rajin ek layan oprah..huhuhu aku dulu2 rajin tp skang tak terajin dah..jeles kot tgk oprah adiah kan rumah kat org tu la org ni la bleh?? hehehehehe
good advise ..i copy. Smlm baru membebel dekat my anak dara, ambik dia dari sekolah, ada bau(mcm iklan febreze). Suruh dia mandi dgn air limau nipis & ambik hampas yg dah perah tu tonyoh2 kat badan. I btau, tak semua org akan btau kita pasal our body odour, cuma org2 yg sayang kita jer yg akan tegur. Lagi satu petua, boleh suruh dia makan/buat ulam kulit limau nipis yg dipotong nipis2 .. insyaAllah berkesan.
kembarku
ahahahaha ko jeles kekdahnya..
aku suka tgk oprah tp bkn selalu dpt tgk ..kurang kerajinan ngadap tv .
me
hehehehe tu laaaa.
kita care sbb tu kita tegur kan :D
owhh teringat member aku 1 dorm dulu..gile fenin bau dia..bygkan ko dok ngan dia 1 dorm siang mlm..bau pekat gile
syana
hahahaha aku memahani perasaan mu.
aku yg dok hadap bau 8jam ni pun asyik rasa nak terfengsan huhu
kisah bau badan ni yg paling dahsyat..saya yg mengalaminya sendiri lepas bersalin anak kedua.. sampai jumpa doc sbb dah tak tau nk wat camana..siap mintak mc lagik...hehehe...kulit terlaluu sensitif takleh pakai sebarang deodoren..bermacam-macam jenis dicuba..habis gatal plus pedih..mungkin disebbkan toksin yg banyak dlm badan..akhirnya bertemu ngan bedak yg sesuai dan pakai hingga kini..cuba mkn teh herba tuk buang toksin.....tu la penangannya kalo tak jaga pemakanan..masa remaja dulu takde lak masalah camni..
dalila
dia selalu minum teh herba ni..
x tau kenapa bau x leh hilang.
eekekekee
ada org kata jgn minum kopi..betul ke kak..masalahnya..ku ketagih~
nak ilangkan body odour ni gua ikut petua mak gua, kalau minum ais limau,atau teh o limau ke, kunyah sekali kulit2 limau kasturi tu, gua selalu beli limau ni, kulit jgn buang, kunyah, telan...
zara
kopi ? x tau plak ekk?
ok kot cuma bau kafien yg kuat hehehe
eddie
hhahaha betul tu , limau mmg elok tuk hilangkan bau badan kan?
buat sambal belacan hiriskan kulit limau sekali ..slurpppp sedap haha
Post a Comment