Pages

Klik Klik

October 28, 2010

Cuti lagiiiiiii.

Esok saya cuti lagi , cuti tuk check-up .
patutnya app saya on 3rd nov tp sbb doktor pakar ada hal ,maka cepat lah saya pergi mengdap muaahahahha.
pagi sekali dan petang sekali vavaavva muka spital sungguh
pagi adalah monthly check-up
dan petang pulak tuk jumpa doktor pakar 3D scan
glupppp .
*
*
*
*
Dah bleh mula kot shopping barang bebi .
barang adam masa kecik nan-hado ,semua saya dah sedekahkan pada org.
mendapat barang baru le awak yer bebi mcm abg adam jugak.

October 27, 2010

Masak Lomak Cili Padi vs Belimbing Buluh

Kan dah kataaaaa, kalau nak suruh saya apdet mmg cerita mknan saja laaaaa.
Almaklumlah ..sejak tekak dah selera kembali ni , lajuuu jekkk saya main masak² kalau tiba² teringin nak mkn itu ini .. itupun ada angin gak laaaaaaaaa.
*
*
Semalam Ayam masak lemak cilipadi + belimbing buluh
pebret saya ni belimbing buluh , kebetulan byk pulak buah nya masa saya balik kg last weekend. Memang x lepas peluang punya hihihi
tp saya punya masak lemak agak pekat walaupun sebenarnya saya lebih suka masak lemak yg cair² sahaja .. tp apa nak buat ..tgn saya lebih pantas dari otak
zuuupppppppp dah tertuang santan dgn byknya ikikikikiki
lawan plak dgn bendi rebus + sambal belacan belimbing buluh
hahaahha kan dah semua masakan versi belimbing buluh.



October 26, 2010

Kari bawal vs Peria telor

Salam .. cerita makan² lagi kita yer ..
itu je la modal nak apdet belog
kalau x mau terbiar sepi .. ewahhh.
saya x reti la nak "bercerita" mcm org lain
zaman tu dah berlalu kot ;-P
*
*
Kari bawal - terlupa letak bendi hahahaha
lepas tu rebus bendi buat ulam - aci dak ??
menu lama gakk , peria telor
ada brann korang nak buat kihkihkih
ini dah jadi pebret incik tan tauuu
suka betul dia kalau saya buat telor gini kompare saya tumis jek peria tu.
saya lakkk mana² pun bleh
buat ulam pun no hal - rembattt ajek
then saya buat sambal belacan belimbing buluh
makkk aiiiiii shedapppppp nya mkn
nasib baik saya dah awal² catu nasik
kalau x mau mkn bertambah² hehehe
*
*
pokok belimbing buluh emak saya tgh berbuah dgn lebat
gerammmm sgt sbb byk yg luruh
saya ambik bawa balik sikit then frozenkan
feeling duduk kat obersi .
kalau x frozenkan cepat jek dia layu - sayanggggg.
so , petang ni ingat nak masak ayam masak lemak cilipadi + bilimbing buluh
fuhhhhhhhhhh haruskah saya masak lebey ??
*
*
nak resepi?
ikan bawal kari tu rasanya semua dah tau kan ?
*
*
Peria goreng telor ?
-peria (kecik/besar pun boleh) - hiris nipis
-telor 3bijik
-bawang besar
-bawang putih
-cili padi .. kalau suka .
*
mula² tumiskan bawang merah/putih/cili
masukkan peria , tumis sampai separa layu
kemudian tuangkan telor yg telah dipukul dgn sedikit garam+lada putih
biarkan seketika sehingga bahagian bawah garing
terbalikkan , masak sampai garing.
sebaiknya guna pan non-stick
*
pada yg x suka pahit peria tu boleh cuba resepi ni
masakkan peria tu sampai layu
saya suka rasa pahit peria , sbb tu saya masak separa jek
*
*
selamat mencuba
:-


October 22, 2010

Sambal telor or telor sambal ?

Semalam saya memekak mekak kat fesbuk kata nak masak sambal telor
wahhhhhh mcm la nak buat rendang bagai kan ?
tp paham² saje la tekak mak yong ni
kadang tu nak mkn mende yg x tercapai di akal ekekek
nasib baik saya nak sambal telor ayam , kalau telor unta ??
ya habibi ya maulana - mana incik tan mai pigi carik maaa ..
-
-
so balik kerja gigih la saya menunaikan permintaan anak tekak
lunch tu pulak say x mkn kan , mkn biskut jekkk
harus la napsu serakah nak mkn membuak² .
-
-
korang suka sambal telor yg mcmmana?
begini?
or begini ?
dua-dua gmbr credit tu pak google
credit gak pada kak hanieliza & tuan empunya teratak impian :-))
-
-
-
saya lebih suka versi yg pertama
tp kalau ada yg kedua tu pun saya balun gak .
korek² peti sejuk sudah kekontangan sayur-sayuran
so saya goreng bendi belacan jek
gambar ?? lupe nak snap maaaa
mak yong sudah kelaparan kekdah nya huhuhu



October 21, 2010

Barang kesayangan hamba

Salam ..
hari ni x de gmbr or cerita mkn yer sbb semalam saya dinner kek kodai yoo .
*
*
saya kan mmg ada masalah bibir kering , dr dulu lagiii
tp sejak peknen ni semakin menjadi² tahap kekeringan tu
kadang kalau tgn saya gatal then kopek² bibir hat menggelupas
maka semakin buruk la kejadiannya ;-P
sbb tu saya mmg x leh pisah dgn vaseline ni.
sentiasa kene ada dlm h/bag 1 dan di rumah 1
sebelum tidur kene oles²kan dulu .
mcm mana la x kering kan , duk kat opis ekon 8jam
balik rumah sambung lagik duk ekon time tidur
mmg sgt² memerlukan ini bende
dan saya pun sgt rasi dgn vaseline
(vaseline-sila byr saya untuk iklan ini hihi)
*
*
so , kalau korang asa masalah yg sama mcm saya
cuba² la guna vaseline ni ,mana tau serasi ngan korang jugak.
saya dah cuba byk product lain tp x seswai kot
makin worst huhuhu

October 20, 2010

Salmon grilled + spinach + potato

Hahahahaha ambik tu tajuk meraban .
lamaaaaaaaaaaa saya x leh tercium bau salmon
so since deria bau dah ok , tekak pun dah kembali nak ok
adam plak asyik merequest salmon
jadi marilah kita main masak² salmon plak
lama sgt x masak nanti lupa plak cara² nya hahhaa
salmon grill
-perapkan dengan garam , lemon , oregano ,b/pepper & olive oil
-panaskan non-stick pan then grill sampai masak , ikut suka mcmmana
-bila dah masak - angkat , pan tu jgn cuci - masukkan sket air,didihkan
masukkan sedikit butter , b/pepper + kicap , perasakan ikut suka
tuangkan atas salmon
*
*
bayam tu x yah le bgtau masak mcmmana kan ?
tumiskan je dgn bawang putih & olive .
*
*
ada potato wedges , so saya sumbat sekali laaa
dah x de salad dlm peti saya hihihi
*
*
saya jek yg mkn gitu
incin tan & adam mkn dengan nasik
depa tu tekak melayu , saya tekak western hahaha

Mode : Pagi yang hangit

Salam pagi rabu.
malas nak citer panjang , tgk saja gmbr
tgk deretan keta ok ,jgn tgk cermin keta saya yg berkapuk tu egegege
salahkan incik tan sbb dia dah malas cuci kereta saya
nak harap saya mmg la kemalasan berganda
i x suka main air ekekeke.
*
*
kejadian : pagi tadi +-8am
tmpt : depan rumah (puncak perdana - kg subang - shah alam)
punca : kemalangan berangkai
*
*
kelewatan sampai ke tempat kerja ada lah 2jam agagagag

October 19, 2010

Sup ikan merah

Salam.
Lamaaaaa x citer pasal makan kan?
bukan sbb saya x makan or x masak
tp sbb kemabukkan itu membuat saya hilang mood nak ambik gmbr
lagipun kalau masak pun asal boleh jek
dan yg banyaknya mkn kedai/tapau saja la
ikut mood mak yong lah ye ;-))
*
*
So , semalam berazam (wahhhh azam tu ekekeke) nak rajin² masak
badan pun dah rasa sihat byk dr sebelum ni
selera pun bleh tahan gak walaupun still ikut mood
paling penting dah x lalu bermenu kedai selalu
sesekali tu layannnn gak
*
*
masak simple dulu buat permulaan
dek kerana incik tan x sihat , kita bg dia mkn sup ikan merah
buat pedas² sket , saya letak more b/pepper
lawan dia sayur kobis goreng bodo-bodo jekkk
x larat nak goreng cerdik² kikiki
then saya top-up ngan sambal tempoyak tuk saya
incik tan x mkn sambal² ni semua :-D

ok , tu jek nak report hehehe
chau


October 18, 2010

Perkembangan & kekembangan


Salam readers .. ada lagi ke ? haahahha
setengah bulan sekali apdet , antu penunggu pun cabut larik dr belog ni
bukan apaaa , ada byk bende nak cerita tp mood x mari laaaa
ambik gmbr lagiiiii malas kedaung padahal mcm byk tmpt kami pergi masa raya
dan juga lepas raya
*

*

Perkembangan ?
semakin berkembang dengan jaya nya hahaha

- selera -
Alhamdulillah leh la dilayan . ada masa mkn byk ,ada masa lgsg x de selera

- berat -
rasanya naik jugak kot sekelo dua daging mampat hehehe

- ngidam -
belum lagi nak mkn mende yg bukan² , kalau teringin pun still boleh tunggu sampai esok.
x ada lagi yg tingin tgh² mlm then paksa² incik tan suruh carik
ekeke

- bodi -
yg ni mmg x bleh blah .
bengkak sana sini makin kelihatan .
idung yg kembang makin berkembang
kaki tangan makin menggebu²
perut makin x selesa , makin berat nak usung kesana sini
makin malas nak keluar rumah .

- bebi -
yeeeee , budak ini makin aktif
fantangggg dia kalau mummy baring telentang
dan dan tu jugak dia main tendang-tendangan
terpaksa rela mummy dia ngiring kiri kanan secara berganti huhuhu


- abg adam -
ntah laaa , nak kata menakal sgt tidak la kot
sesekali dia buat perangai gak terutama dengan dedi dia
mummy dia ni singa jadian , so kurang sket darjah kenakalan
makin sayang dgn adik dia , hari² bangun pagi selak baju mummy kiss adik
mulut lak cakap "adam sayangggggg mummy dgn adik"
good , dedi selalu² dilupakan yer kikikiki

*
*
itu saja la report tuk hari ni
nanti kalau rajin saya apdet lagik dan lagik
:-))




October 1, 2010

Cerita terkini yg tak sensasi

salam 22syawal hehehehe
tepek sket gmbr masa ziarah rumah sahabat kami Linot
(26/09/2010)
ada sikit majlis baca yassin untuk arwah suami nya
moga Allah menempatkan Arwah Kamarul Ariffin di kalangan
org² yg beriman dan dikasihinya.
Amin.
-
-
-
lamaaaa nya nak tggu aura rajin datang
sampai sekarang pun still malas² jugak ..salah siapa ??
-
-
now saya dah masuk 21week @ 5month
Alhamdulillah check-up yg lepas bleh kata semua ok
tekanan darah ok
urine test ok
darah - ni lom dpt result tp doktor kata kalau x ok dia akan call
so saya anggap ok la kot sbb x de pin call sampai sekarang muahaha
yg x berapa ok kedudukan bebi , dok melintang pukang lam peyut mummy
hari tu still dok menyongsang arus
doktor kata still ada masa tuk bebi turn back - doa²kan yer
berat bebi 200g ++ , hat lain yg naik 0.5kg tu adalah berat mummy
sbb melantak ketupat rendang raya
-
-
selera ?? belum lagi menaga kot , kadang² mkn sikit dah rasa sengkak semacam
good for mummy lahhh tp takut x good for bebi
sesekali ada gak uwekkkk² terutama kalau lmbt bekpes
a.k.a masuk angin
saya masih malasssssssssss .. rasa nak melengkor jek mcm ular sawa
masak pun ikut mood , ada mood kita masak
x de mood kita mkn kedai ;-P
-
-
and
-
-
-
-
and
-
-
-
-
-
and
-
-
-
-
-
-
and
-
-
-
-
-
kami dah tau bebi apa heehhe
nak tau ??
-
-
-
-
-
-
errkkk
-
errrkk
-
-
-
-
-
-
biarlah rahsia
ekekeke.






NUFFNANG

Mr & Mrs Tan

Daisypath Anniversary tickers

ADAM IZZ ZAFFRAN TAN

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ADEEL IZZ ZABAD TAN

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers